“Saya Tak Nak Daddy, Dah Tak Sayang..” – Reaksi Fatima Ketika Ditanya Mengapa Menangis Oleh Fazura Jadi Tumpuan

Hiburan

“Saya Tak Nak Daddy, Dah Tak Sayang..” – Reaksi Fatima Ketika Ditanya Mengapa Menangis Oleh Fazura Jadi Tumpuan

Anak kepada selebriti Fazura, Nur Fatima Aisyah, telah mencuri perhatian ramai apabila si kecil itu berkata dia sudah tidak sayangkan bapanya,, iaitu aktor Fattah Amin.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, pengguna TikTok @syuhadaalis telah memuat naik satu tangkap layar menunjukkan Fazura sedang melakukan siaran langsung di platform yang sama bersama Fatima.

Advertisement

Dalam video itu, Fazura membaca sebuah komen dari penonton yang bertanya mengapa Fatima menangis.

Fatima kemudian menjawab dengan mengatakan dia tidak mahu lagi bertemu dengan Fattah, dan lebih mengejutkan, anak kecil itu menyatakan dia tidak lagi menyayangi bapanya.

Saya tak nak daddy, saya dah tak sayang daddy lagi.

Fazura kemudian bertanya mengapa Fatima berasa demikian, namun Fatima hanya menggelengkan kepala dan berkata ‘tidak’ apabila ditanya adakah dia masih menyayangi Fattah.

Fazura kemudiannya menegur anaknya, mengatakan bahawa Fatima tidak boleh berkata begitu dan terus menyambung semula siaran langsungnya.

Ramai netizen yang mengkritik tindakan Fazura, dengan sebahagian mereka berpendapat bahawa ia tidak wajar untuk bertanya soalan sebegitu ketika siaran langsung sedang berlangsung.

Sebagai info, Fattah, yang juga dikenali sebagai Abdul Fattah Mohd Amin, melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura pada 6 Oktober 2024 selepas permohonan cerai yang difailkan oleh Fazura diterima oleh mahkamah.

Fattah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan Fatima kepada Fazura dan berhak menemui anak mereka dua kali sebulan untuk bermalam serta tiga kali seminggu untuk lawatan harian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazley Yaakob dikritik pakai contact lens
3 days ago

Dikritik 'Tak Sedar Diri' Kerana Sering Pakai Kanta Lekap Berwarna, Ini Respon Fazley Yaakob

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...