“Saya Tak Nak Apa-Apa..” – Sangkal Tuduhan Nikah Kerana Harta, ‘Influencer’ Elcah Akui Kereta Sebagai Hantaran Itu Kejutan

Hiburan

“Saya Tak Nak Apa-Apa..” – Sangkal Tuduhan Nikah Kerana Harta, ‘Influencer’ Elcah Akui Kereta Sebagai Hantaran Itu Kejutan

Personaliti media sosial Elcah sempat tular di media sosial baru-baru ini apabila dirinya telah menerima sebuah kereta mewah Mercedes siri CLA45S sebagai mas kahwin. Oleh kerana itu, dirinya telah dituduh berkahwin hanya atas sebab harta dan bukan kerana cinta.

Trauma perkahwinan

Meskipun Elcah akui dirinya masih ada trauma daripada dua pernikahannya yang lepas, namun dia cuba untuk mempercayai jodoh yang telah diberi. Personaliti media sosial ini juga tidak menafikan ketakutan itu kekal ada hingga ke hari ini.

Advertisement

“Tak sampai setahun dah kahwin lagi” Tak kisah pun awak nak kahwin cepat ke kahwin lambat ke as long as awak kenal pasangan awak tu.

@thelikeyuti #hijabstyledbyyuti #styledbyyuti ♬ оригинальный звук – ALVUWKI

Tak minta apa-apa

Bukan itu sahaja, pempengaruh ini turut berkata, untuk perkahwinannya yang kali ketiga ini, dia tidak meminta apa-apa dari suaminya seperti yang disangka ramai. Kata Elcah, dia hanya inginkan kasih sayang dan kepercayaan. Namun, suaminya sendiri yang mahu menghadiahkan kereta tersebut di hari pernikahannya.

Saya memang tidak mahu apa-apa janji suami boleh jaga saya dengan baik, jujur dan bertanggungjawab dalam perkahwinan kami.

 

Saya pun terkejut. Saya dapat tahu yang saya dapat kereta ni lagi seminggu sebelum kahwin. Hantaran tu semua dia yang suprise kan.

Sebelum ini, Elcah sempat tular di media sosial tatkala netizen mendengar berita bahawa pempengaruh ini bakal bernikah kali ketiga dengan suami barunya, Afi Hamri.

Elcah influencer cerai
2 years ago

"Kita Bukan Janda Menempel Duit Jantan" - 'Influencer' Kahwin 8 Hari Sah Bercerai Talak Satu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...