Personaliti TV dan usahawan, Noor Neelofa memaklumkan bahawa dia langsung tidak memikirkan duit raya yang diterima anak sulung, Muhammad Bilal pada sambutan lebaran untuk tahun ini.
Ujar Neelofa, dia menyerahkan soal itu kepada rezeki pemberian Allah dan jauh sekali meletakkan sasaran mengenai jumlah yang bakal diterima.
Jika pada tahun lepas, permata hati Neelofa dan PU Riz itu khabarnya menerima ‘paket hijau’ hampir lebih RM13,000, Neelofa beranggapan umur anaknya yang masih kecil semestinya menjadi faktor tumpuan peminat dan sanak saudara.
Saya tidak minta pun. Jumlah yang diterima tahun lalu adalah rezeki dia. Ketika itu, Bilal baru empat bulan dilahirkan. Jadi, ramai orang beri perhatian kepadanya.
Saya tidaklah terlalu berharap orang bagi duit raya kepada Bilal, tahun ni. Ada rezeki, Alhamdulillah.
Sementara itu, Neelofa berkata dia lebih mementingkan sambutan menyambut bulan Ramadan berbanding Syawal setelah diajar oleh suami tersayang, Haris Ismail.
Kita sebenarnya terlalu ikut dengan adat dan tradisi, berbanding makna sebenar Ramadan dan Syawal.
Apabila saya mendalami ilmu agama dan mengikuti kelas serta usrah, baru saya faham sebenarnya Ramadan lebih baik diraikan berbanding Syawal.
Neelofa juga memberitahu bahawa tahun ini dia dan keluarga tidak keterlaluan dalam berbelanja bagi menyambut hari raya Aidilfitri.
Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama sahaja lagi, Neelofa tampil sedondon tiga pasang untuk keluarga kecilnya itu.