Suami kepada penyanyi dan aktivis Heliza Helmi, Mahadi Badrul Zaman kembali menjadi tumpuan setelah namanya tersenarai dalam senarai amaran pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru-baru ini.
Malah, dakwaan itu kemudiannya menjadi tular di media sosial dan diperkatakan ramai pihak.
Ditemui media, Mahadi memaklumkan dia langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu kerana tidak menerima sebarang makluman atau surat daripada pihak berkenaan.
Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ini baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ni?
Memang tiada jawapan yang kukuh buat masa ini tapi Alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram.
Jelas usahawan itu, dakwaan tersebut boleh mendatangkan fitnah terhadap dirinya apatah lagi bila sudah menjadi tular di media sosial.
Mahadi juga sudah menghubungi pihak polsi bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu namun sehingga kini tiada laporan dibuat terhadap dirinya.
“Saya sudah berhubung dengan pihak polis tapi mereka kata tiada apa laporan dibuat terhadap saaya. Tapi pihak SC masukkan nama saya dalam sistem saya pun pelik tentang perkara itu. Agak serabut tapi saya akan cuba selesaikan perkara ini secepat mungkin.” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.