Salah seorang pelakon utama drama Pondan Itu arahan, Erma Fatima iaitu Hafiz Hamdan mengakui dirinya tidak mempunyai sebarang masalah membabitkan diri dalam drama penuh kontroversi ini.
“Mereka juga manusia..”
Katanya, dia sama sekali tidak pernah membezakan golongan tersebut kerana mempercayai setiap manusia wajar dilayan sama rata tanpa mengira pilihan hidup mereka.
Saya tak menilai golongan itu atau sesiapa sahaja. Bila ada yang tanya adakah saya okay berlakon dengan golongan transgender, saya tanya kenapa perlu tanya begitu?
View this post on Instagram
Dalam pada itu, aktor itu turut berkongsikan pengalaman awal yang pada mulanya memang terasa janggal, namun perasaan itu hilang selepas lebih mengenali rakan sekerja transgender itu.
Harap penonton dapat terima mesej disebalik karya Pondan Itu
Hariz berkata dirinya tidak membayangkan pelakon tersebut mengikut jantina, sebaliknya hanya menganggap dia sebagai rakan sekerja.
Bila saya berlakon dengan pelakon transgender, saya tak bayangkan dia lelaki atau perempuan, tetapi sebagai rakan gandingan sahaja.
Tambahannya lagi, Hariz berharap agar orang ramai dapat menerima mesej yang ingin disampaikan melalui karya yang penuh kontroversi ini.