Susah sebenarnya kehidupan sebagai seorang selebriti. Apa sahaja yang dilakukan, orang akan tuduh kita riak, menunjuk-nunjuk, berlakon dan sebagainya. Sedangkan apa yang dikongsikan adalah ikhlas dan jujur dari hati. Itulah yang terjadi kepada Nabil Ahmad apabila sebuah video dirinya berkongsi tentang kehebatan kuasa sedekah menjadi viral di laman sosial baru-baru ini. Untuk makluman, video tersebut sebenarnya telah dirakamkan beberapa tahun lalu.
Di dalam video tersebut, Nabil berkongsi bagaimana kuasa sedekah telah berjaya mengubah hidupnya. Dari bergaji hanya RM600 sebulan, Nabil telah mendapat gaji sehingga RM50,000 sebulan. Namun, niat asalnya itu disalah tafsir hingga dituduh riak dan sengaja mahu menunjukkan kemewahannya. Kata Nabil:-
Saya cuma nak berkongsi macam mana orang tiada pendidikan seperti saya ini boleh berjaya dan salah satu caranya dengan sedekah. Saya tak marah bila netizen kata riak sebab nanti akan timbul tak ikhlas pula. Tak pasti kenapa mereka ini nak lemparkan komen negatif pada saya walhal video itu kisah yang baik.
Mungkin lepas mereka lihat video itu terus ada rasa nak bersedekah pada orang yang memerlukan. Kuasa sedekah itu sangat besar maknanya dan ganjaran yang Tuhan janjikan pun amat luas.
Berikut adalah video perkongsian Nabil Ahmad untuk tatapan anda:-