“Saya Tak Mampu Lagi…” – Aliff Syukri Jelaskan Spekulasi Jet Peribadi, Hanya Gimik Promosi?

Kehidupan

“Saya Tak Mampu Lagi…” – Aliff Syukri Jelaskan Spekulasi Jet Peribadi, Hanya Gimik Promosi?

Usahawan kontroversi dan figura media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri, akhirnya menjawab spekulasi hangat mengenai pengumuman beliau sebagai duta emas dan dakwaan memiliki jet peribadi.

Terdahulu, dia memaklumkan bahawa pengumuman rasmi akan dibuat pada hari ini.

Advertisement

Dalam video itu Aliff menunjukkan sebuah jet peribadi bersama isteri dan anak sulung beliau, Ammar Ahyan dia menyatakan kejayaan membeli pesawat itu hasil keuntungan jualan jeruk mangga yang menjadi perniagaan keluarganya.

Terbaru, usahawan itu menjelaskan bahawa video tersebut hanyalah sekadar ‘marketing’ setelah dia dilantik sebagai duta bagi sebuah kedai emas.

“Alhamdullilah, inilah maksud tersirat video jet yang papa dan mama nak kongsi kat korang haritu. Papa dan mama bersyukur sangat dilantik menjadi duta rasmi Kedai Emas @sitijewelsmy.”

“Kami belum mampu beli jet lagi buat masa ni, insya-Allah satu hari nanti. Papa nak pesan, kalau ada duit lebih, melaburlah dengan beli emas. Terima kasih kepada yang mendoakan kejayaan kami. Papa dan mama pun mendoakan kejayaan korang, Amin” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-07-25 14:55:18

“Siasatan Belum Selesai Tapi..” – Keluarga Arwah Zara Qairina Terkejut Beberapa Pelajar Tiba-Tiba Dipindah Sekolah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...