Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kes rompakan rumah usahawan makanan yang digelar sebagai Kieda Crepe hingga melenyapkan barang kemas serta duit miliknya yang mencecah RM800,000.
Tidak pernah niat menunjuk
Rentetan insiden tersebut, segelintir pihak berpendapat hal itu terjadi kerana Kieda sering menunjuk-nunjuk harta dan barang kemasnya di media sosial. Namun hal itu ditepis oleh usahawan ini yang berkata dirinya memakai barang kemas itu untuk kepuasan diri sendiri.
Kalau awak semua kata saya menunjuk, saya tak menunjuk. Saya cuma pakai barang yang saya ada.
Saya dengan dunia saya, saya tak ada rasa nak berlawan dengan orang. Orang akan kecam saya sebab saya lantang.
@ayu_kekasih..themelvin “Dalam masa yang sama saya mengidap penyakit cyst,pcos” -Kieda Crepe.moga Allah angkat segala penyakit Kieda dan dipermudahkan segala urusan #fyp #kiedacrepe #viral #beritatiktok #pdrm #fypシ゚viral ♬ original sound – Kekasih Rahayu Agent Selangor
Tujuan cerita dirompak
Bukan itu sahaja, Kieda turut menjelaskan niatnya menceritakan insiden itu selepas genap 40 hari adalah supaya ia dapat meraih perhatian orang ramai serta pihak atasan agar ia segera diselesaikan.
Saya cuma nakkan jawapan sahaja. Kalau saya nak viral dari hari pertama lagi saya viralkan. Selama saya berniaga, saya tak pernah berhutang dengan orang. Saya tak pernah lari dari membayar cukai dan zakat. Saya cuma nak minta tolong repost video biar sampai ke pihak atasan.
Orang tanya kenapa saya kurus, saya tak makan sebab teringatkan barang-barang saya.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.