Hanya kerana tidak mahu berjauhan dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama, pelakon Diana Danielle hanya menerima satu atau dua naskah lakonan dalam masa setahun.
Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, dia perlu berada di sisi anak-anaknya untuk memastikan segala urusan persekolahan dan aktiviti harian mereka terjaga.
Orang kata semakin dewasa semakin hidup kita bebas tetapi sebenarnya semakin sibuk sebab saya ada banyak komitmen dengan anak-anak.
Saya ambil pendekatan setiap tahun akan ambil satu ke dua filem atau drama untuk saya luangkan lebih banyak masa dengan mereka.
Saya sudah menjalani dua filem untuk tahun ini iaitu Baran dan Memori.
Menurut Mstar, Diana turut memberitahu sekiranya dia terpaksa menolak mana-mana tawaran berlakon ia bukan kerana dia sombong atau bersikap memilih tetapi dia enggan menjadi beban kepada pihak produksi terutama sekali jika projek itu mengambil tempoh lama.
Saya bukan sombong cuma kekangan masa. Apabila saya fikir 30 hari tidak bersama anak-anak. saya sedih.
Memang tak mampu nak tinggalkan mereka lama-lama.
Jadi, projek (drama atau filem) yang saya ambil perlu berbaloi sekiranya saya perlu meninggalkan anak-anak saya.
Untuk rekod, Diana telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Farid Kamil pada 3 November 2012 dan bercerai pada 10 Ogos tahun lalu.
Mereka kemudiannya kembali rujuk selepas 21 hari berpisah namun pada 4 November yang lalu Diana sekali lagi memfailkan cerai terhadap Farid dan kes tersebut masih dalam perbicaraan.