“Saya Tak Mahu Pentingkan Diri..” – Aliff Aziz Anggap Nasi Sudah Menjadi Bubur, Sedia Tunaikan Hajat Bella Untuk Berpisah

Hiburan

“Saya Tak Mahu Pentingkan Diri..” – Aliff Aziz Anggap Nasi Sudah Menjadi Bubur, Sedia Tunaikan Hajat Bella Untuk Berpisah

Setelah lama mendiamkan diri sejak terlibat dalam kes tangkap khalwat bersama aktres Ruhainies, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz akhirnya bersuara mengenai isu rumah tangganya.

Sedia lepaskan

Katanya Aliff dalam sebuah podcast The Common Folks di Singapura, dia sudah bersedia untuk melepaskan isterinya, Bella Astillah seperti yang dimahukan aktres itu ketika memfailkan perceraian pada 9 Mac lalu.

Advertisement

Pelakon ini berpendapat tiada apa yang boleh dilakukan pada tahap ini kerana baginya semua sudah pun terjadi dan dirinya harus bertanggungjawab.

Sampai satu tahap, saya melihat tiada jalan kembali untuk semua yang sudah terjadi. Saya perlu berdamai dengan takdir.

 

Cuma, saya kena pastikan tiada apa yang boleh melengahkan perceraian ini. Saya tak mahu menjadi seseorang terlalu pentingkan diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Common Folks (@thecommonfolkssg)

Sudah lama tak berhubung

Bukan itu sahaja, penyanyi ini juga memberitahu bercerai adalah jalan yang terbaik memandangkan hubungannya bersama Bella juga sudah tidak seperti dulu.

Lagipun, saya tak tahu apa yang perlu saya katakan kepadanya. Bila terlalu lama tak berkomunikasi, saya dapat rasakan ada jurang yang wujud antara kami.

 

Terima kasih atas rasa cinta dan kasih sayang sepanjang lapan tahun perkahwinan. Terima kasih juga atas kesabaran, anak-anak yang dilahirkan..


Terdahulu, rumah tangga Aliff semakin goyah apabila dia ditangkap khalwat bersama Ruhainies. Lebih-lebih lagi apabila kekasih gelapnya, Sarah Yasmine tampil mendedahkan hubungan mereka serta isu-isu lain yang melibatkan Aliff.

Aliff aziz menangis
8 months ago

“Selalu Orang Salah Ni Cakap Last” - Tidak Dapat Tahan Sebak, Aliff Aziz Dedah Alasan Sebar Cerita Bella Astillah ‘Curang’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...