“Saya Tak Mahu Kehilangan Awak” – Uqasha Senrose Terharu Baca Kad Ucapan ‘Sweet’ Dari Kamal Adli

Hiburan

“Saya Tak Mahu Kehilangan Awak” – Uqasha Senrose Terharu Baca Kad Ucapan ‘Sweet’ Dari Kamal Adli

Aktor popular, Kamal Adli telah membuat bakal isterinya terharu dengan menitipkan kata-kata romantis buat Uqasha Senrose dalam sekeping kad ucapan sempena majlis parti bujang ‘bridal shower’, semalam.

Uqasha Senrose
3 years ago

Anjur Bridal Shower, Bridesmaid Uqasha Senrose Dapat Rantai Loket Setiap Seorang

Advertisement

Berdasarkan perkongsian Uqasha dalam Insta Storynya, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, dalam kad tersebut memberitahu kehadiran Uqasha merupakan antara perkara paling hebat yang pernah berlaku kehidupannya.

Awak terbaik dan perkara paling hebat yang pernah saya lalui dalam hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Tambah pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu, dia juga tidak sanggup untuk kehilangan wanita yang dicintainya iaitu Uqasha dan mahu sehidup semati bersamanya sahaja.

Saya tak mahu kehilangan awak sayang.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli

Sejak Isnin lalu, desas-desus mengenai majlis pernikahan pasangan tersebut yang dijangka berlangsung pada minggu ini semakin bertiup kencang selepas Kamal selesai menjalani sesi mengukur baju di beberapa butik jenama popular.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, kedua-duanya masih tidak berkongsi lanjut mengenai tarikh majlis hari bahagia mereka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...