Syira Atiqah, individu yang dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Nur Fazura, meluahkan rasa kecewa selepas menjadi sasaran tuduhan yang dianggap tidak berasas.
Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Syira menyatakan bahawa ini merupakan kali kedua dia difitnah dengan gelaran ‘penyondol’ dan ‘perosak rumah tangga’ walaupun dia tidak pernah melakukan perkara tersebut.
Selain itu, Syira turut memaklumkan bahawa dia memiliki bukti kukuh yang mampu membersihkan namanya, namun memilih untuk tidak mendedahkannya demi menjaga maruah pihak lain.
Syira juga menegaskan bahawa dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki bergelar suami orang, apatah lagi menjadi penyebab keretakan sesebuah rumah tangga.
Saya tak bertanggungjawab terhadap keretakan hubungan sesiapa. Saya tidak layan lelaki yang sudah berkahwin. Saya tidak layak dipalit dengan tuduhan sebegini hanya kerana orang perlukan seseorang untuk dipersalahkan.
Bekas penata gaya hijab kepada Fazura itu turut menegaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebarkan fitnah dan merosakkan reputasinya.
Mulai saat ini, sebarang fitnah, tuduhan palsu atau usaha untuk merosakkan nama saya akan ditangani secara undang-undang. Saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan, dan saya sudah mula kumpulkan nama, tangkapan skrin, dan segala bukti yang perlu.
Sebelum ini, pempengaruh media sosial Elcah mendakwa rumah tangganya diganggu oleh seorang wanita yang dikatakan cuba menggoda suaminya, Hafizzuddin Hamri atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
”