Sejak kebelakangan, kecoh di media sosial apabila Founder Misi umum mahu membangunkan Misi Farms dengan sasaran dana sebanyak RM20 juta.
Kebanyakkan warganet rasa hal terbabit meragukan hingga mendapat respon daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan dana yang sudah berjaya dikumpul sebanyak RM400,000 sedia dipulangkan semula melalui e-wallet.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila difahamkan aplikasi Misi diserang oleh hacker dan itu membantutkan proses refund kepada orang ramai.
Sedar dengan kesilapan yang dilakukan, Founder Misi tersembu tampil membuat hantaran di Facebook dan menyeneraikan beberapa kesilapan yang dilakukan olehnya.
1. Guna akaun yang betul untuk sumbangan
Difahamkan, kini pihak syarikat Billplz sedia menghulurkan bantuan untuk sistem pembayaran terus ke akaun Yayasan Misi Rakyat, namun ia memerlukan sedikit masa dan ketika ini, sebarang sumbangan ditutup serta maklumkan akan membuka semula pada platform lain.
2. ‘Over confident’ lawan arus
Katanya, dia mengakui silap kerana bertindak seperti ‘hero’ dengan membuat konten-konten kontroversi bagi meraih perhatian netizen dan hal itu membuatkan ramai berasa kurang senang dengannya.
3. Audit
Menurut Founder Misi, ini merupakan amanah yang paling berat dipikul olehnya dan hal ini saja boleh membebaskan diri dari tuduhan 30%. Oleh kerana itu, dia mewujudkan sistem transparent dan audit untuk tahun 2022 kini sedang diuruskan oleh syarikat akauntan lalu akan dihantarkan kepada auditor. Sedar ramai berasa was-was, Founder Misi berjanji akan berkongsikan laporan audit terbabit.
Susulan itu, Founder Misi sedia memaafkan individu yang mengkritik serta mengecamnya kerana faham mereka hanya mahu memberi pendapat secara profesional serta berasa tidak patut untuk memusuhi mana-mana pihak.