February 13th, 2019

Pelakon Uqasha Senrose merasakan dirinya tidak layak untuk memberikan sebarang komen mengenai isu Emma Maembong membuka tudung kerana beliau juga pernah melakukan kesilapan yang sama apabila membuat keputusan untuk membuka tudung selepas dua tahun berhijab.

Uqasha enggan dikaitkan dengan kontroversi yang melanda Emma dan sebagai rakan artis, beliau hanya mampu berdoa agar Emma tabah dan kuat untuk menghadapi segala kecaman netizen.

Saya tidak layak menasihati Emma Maembong atau sesiapa sahaja kerana saya juga pernah berbuat silap. Seboleh mungkin, saya tidak mahu dikaitkan dengan isu Emma buka tudung kerana saya juga pernah melakukan kesilapan.

Apa juga pilihannya, hanya Emma yang tahu dan itu urusan dia dengan Tuhan. Saya tahu dia kuat. Apa juga yang orang cakap, Emma kena kuat dan cekalkan hati. Sentiasa bermuhasabah diri kerana kami juga pernah membuat perkara yang baik. Siapa tahu selepas ini, pintu hatinya kembali terbuka untuk bertudung.

Dalam pada itu, Uqasha juga harap kisah silamnya tidak lagi diungkit. Setiap orang melakukan kesalahan tetapi ia antara dirinya dan Tuhan. Janganlah samakan dirinya dengan orang lain.

Setiap orang mempunyai bahagian masing-masing dalam hidup, sentiasa ingat dosa setiap manusia itu tidak sama.

Sumber Berita : BH ONLINE


25 responses to “Saya Tak Layak Nasihat Emma Maembong – Uqasha Senrose”

  1. Budu says:

    Nursajat pun dulu bertudung sekarang bukak

  2. Anonymous says:

    asek laaa kisah perempuan bertudung…. yg bertudung ni lah paling ramai kes anak luar nikah… tudung utk menjaga kita bukan tuk show off

    • pelik says:

      benda kecik ni la yang kena amik berat.. ni bukan ckp pasal tudung.. ini pasal aurat..
      xkesah la ramai luar nikah ke apa ke.. sila jgn amik remeh..
      senang cite..benda kecik ni korg tolong la jgn tutup mata.. org mcm korg ni la yang amik mudah pada agama..

    • Anonymous says:

      alahai bini nara yg post story ni sendiri pun pakai tudung stail bonggol benggali… nk tunjuk leher show dada jojol2 stail lopak… jaga aurat rambut… aurat lain kasi show off

  3. aih says:

    melayu dan tudung berpisah tiada…. padahal ramai lagi perempuan melayu meman!#t kat luar sana.. x nak amik peduli.. baru je buka tudung , netizen terus label macam2…. ubah mentaliti ,please focus kepada isu yang lebih besar.

  4. Anonymous says:

    agree cuba respect org mereka ta pakai tudung ,its up to them,tu kerja dia dgn tuhan-dosa dia,kita ta buleh menghukum mereka Tanya diri sendiri pon ada dosa buat apa na susah susah memikirkan orang ,live on with ur life,mukti ke ustaz ke tu cuma jawatan mereka,mereka seperti kita juga ada buat silap,org yg paling alim ni yg paling bnyk dosa,so apa apapon move onnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

  5. Anonymous says:

    Mungkin org2 terdekat dgn kita selalunya will play an important roles jgk. Mcm Uqasha n Emma ni, org2 terdekat dgn derang ramai ke yg bertudung? Mcm mak, adik beradik n sepupu sepapat derang. Apapun doa je lah yg baik2 utk derang n stop bashing.

Loading...