Pelakon Uqasha Senrose merasakan dirinya tidak layak untuk memberikan sebarang komen mengenai isu Emma Maembong membuka tudung kerana beliau juga pernah melakukan kesilapan yang sama apabila membuat keputusan untuk membuka tudung selepas dua tahun berhijab.
Uqasha enggan dikaitkan dengan kontroversi yang melanda Emma dan sebagai rakan artis, beliau hanya mampu berdoa agar Emma tabah dan kuat untuk menghadapi segala kecaman netizen.
Saya tidak layak menasihati Emma Maembong atau sesiapa sahaja kerana saya juga pernah berbuat silap. Seboleh mungkin, saya tidak mahu dikaitkan dengan isu Emma buka tudung kerana saya juga pernah melakukan kesilapan.
Apa juga pilihannya, hanya Emma yang tahu dan itu urusan dia dengan Tuhan. Saya tahu dia kuat. Apa juga yang orang cakap, Emma kena kuat dan cekalkan hati. Sentiasa bermuhasabah diri kerana kami juga pernah membuat perkara yang baik. Siapa tahu selepas ini, pintu hatinya kembali terbuka untuk bertudung.
Dalam pada itu, Uqasha juga harap kisah silamnya tidak lagi diungkit. Setiap orang melakukan kesalahan tetapi ia antara dirinya dan Tuhan. Janganlah samakan dirinya dengan orang lain.
Setiap orang mempunyai bahagian masing-masing dalam hidup, sentiasa ingat dosa setiap manusia itu tidak sama.

Jeay
February 14, 2019 at 9:39 am
Terimakasih yg memberi komen..Tutup aurat bukan keinginan individu.tpi perintah Allah..sebab menutup rabmbut juga termasuk perintahnya..jadi kalau boleh jangan lah kita bagi komen yg tak sepatutnya di sini…nanti memudaratkan…jika ada yg salah mengerti..di takuti..perkara haram di halalkan dan yg halal dijadikan haram…
Anonymous
February 14, 2019 at 9:12 am
Korang nak ckp pe pun ckp lah… Nak main2 hukum Allah, buat lah.
Nak perlekeh wajib tutup aurat, teruskan lah. Xpe.. Hak masing2kan.
TAPI jgn lupa, akidah ISLAM kita ni tertegak atas niat, kata2 n tingkahlaku.
Tergelincir salah 1, rosak akidah.
Selagi bernyawa, xpe teruskanlah kesombongan kita.
Selagi rasa rezeki, hidup n mati kita ni, urusan kita, jgn risau gagahi je lah.
TAPI ingat, Allah dah janji, sebesar zarah perbuatan kita akan ada balasannya. Cepat or lambat, tunggu je.
Bagi yg MUSLIM, beringatlah, mati tu pasti, dan kita pasti menjawab diSANA.
So, as a MUSLIM beringat lah ISLAM itu AD-DIN – cara hidup (full stop)
Ra
February 13, 2019 at 7:33 pm
Sila jangan permainkan isu ini, tutup aurat bukan keinginan individu
Tetapi perintah Allah, kalau x faham agama jgn memandai bersuara
Mengaitkan dengan pelbagai fahaman serong wahabi dan seumpamanya
Dan JANGAN pandang enteng teguran kerana yg menegur kita tak tau niatnya
Sesungguhnya , jika kita tak mampu menegur kemungkaran tolong jgn pernah
Bertindak menyokong kemungkaran ditakuti kemurkaan Allah akan menimpa
Manusia JAHIL dan yg turut jd mangsa orang2 beriman…jgn sampai TSUNAMI
terjadi di Malaysia kerana mempermainkan hukum hakam….
bawengs
February 13, 2019 at 5:24 pm
bawang datang ni nak komen, tapi taktau nak komen apa, saja je nak jadi bawang jap, ehekkkkkkk