Saya Tak Layak Nasihat Emma Maembong – Uqasha Senrose

Hiburan

Saya Tak Layak Nasihat Emma Maembong – Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose merasakan dirinya tidak layak untuk memberikan sebarang komen mengenai isu Emma Maembong membuka tudung kerana beliau juga pernah melakukan kesilapan yang sama apabila membuat keputusan untuk membuka tudung selepas dua tahun berhijab.

Advertisement

Uqasha enggan dikaitkan dengan kontroversi yang melanda Emma dan sebagai rakan artis, beliau hanya mampu berdoa agar Emma tabah dan kuat untuk menghadapi segala kecaman netizen.

Saya tidak layak menasihati Emma Maembong atau sesiapa sahaja kerana saya juga pernah berbuat silap. Seboleh mungkin, saya tidak mahu dikaitkan dengan isu Emma buka tudung kerana saya juga pernah melakukan kesilapan.

Apa juga pilihannya, hanya Emma yang tahu dan itu urusan dia dengan Tuhan. Saya tahu dia kuat. Apa juga yang orang cakap, Emma kena kuat dan cekalkan hati. Sentiasa bermuhasabah diri kerana kami juga pernah membuat perkara yang baik. Siapa tahu selepas ini, pintu hatinya kembali terbuka untuk bertudung.

Dalam pada itu, Uqasha juga harap kisah silamnya tidak lagi diungkit. Setiap orang melakukan kesalahan tetapi ia antara dirinya dan Tuhan. Janganlah samakan dirinya dengan orang lain.

Setiap orang mempunyai bahagian masing-masing dalam hidup, sentiasa ingat dosa setiap manusia itu tidak sama.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...