“Saya Tak Layak Bercakap Hal-Hal Keagamaan..” – Fasha Sandha Enggan Ulas Isu Sudah Berhijab

Hiburan

“Saya Tak Layak Bercakap Hal-Hal Keagamaan..” – Fasha Sandha Enggan Ulas Isu Sudah Berhijab

Pelakon Fasha Sandha enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan dia sudah berhijab secara penuh gara-gara kerap tampil dengan imej sebegitu sejak akhir-akhir ini.

Ujar Fasha, dia tidak berani untuk mengatakan sama ada tindakannya bertudung itu adalah kekal ataupun tidak.

Advertisement

Saya takut sebenarnya nak komen. Saya rasa saya tidak layak untuk bercakap tentang hal-hal keagamaan kerana saya belum cukup sempurna.

Banyak lagi kelemahan saya yang harus diperbaiki daripada saya bercakap tentang kebaikan diri saya. Saya mohon diberikan ruang dan doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga.

Dia yang ditemui media ketika hadir ke acara Anugerah Nona Superwoman 2024 kelmarin turut ditemani suami tersayang, pelakon Aidil Aziz.

Sebagai seorang suami, Aidil berkata dia sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan Fasha.

“Sebagai seorang suami sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk isteri saya. Jadi saya sentiasa doakan yang terbaik untuk Fasha.” ujar Aidil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rozita che wan bayar cukai lhdn 50k
1 hour ago

"Memang Sampai Mati..." - Rozita Che Wan Kongsi Resit Bayar Cukai LHDN RM50K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...