Setiap orang pasti ada meminati selebriti atau individu yang diangkat sebagai idola mereka. Malah atlet juga tak terlepas mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan pemain bola sepak skuad Harimau Malaya ini iaitu Akhyar Rashid yang mempunyai peminat fanatiknya.
Pernah alami kemurungan
Oleh kerana terlalu meminati Akhyar, peminat bernama Siti Aminah Adnan ini mengalami kemurungan akibat minat yang terlalu mendalam. Sampaikan pada satu tahap, dia sendiri tidak lalu untuk makan dan menangis tanpa sebab.
“Saya betul-betul minat dia tapi hasrat nak jumpa dia tak tercapai.”
“Masa tu saya nak ambik gambar dengan dia tapi salah satu peminat dia tolak saya jatuh sampai siku terluka”
Dia pernah menghadiri perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil semata-mata untuk berjumpa dengan Akhyar. Tetapi tidak berpeluang untuk berjumpa dengannya selepas habis perlawanan.
Ada masanya dia akan menangis kerana tak dapat menerima apa yang berlaku. Dalam tempoh sebulan mengalami kemurungan, dia tidak ada selera makan dan sukar untuk tidur. Sehinggakan kawan-kawan dan keluarga juga beri nasihat untuk lupakan apa yang sudah terjadi.
Telefon bimbit penuh gambar Akyar
“Saya minat sebab dia kacak dan kelakar.”
Walaupun mereka berdua sama-sama berasal dari Alor Setar, Kedah tapi peluang untuknya berjumpa Akhyar sangat sukar. Keadaan gadis berusia 18 tahun itu kini sudah pulih seperti sedia kala tetapi jika ada peluang untuknya berjumpa Akhyar, dia pasti tidak akan melepaskan peluang itu.
Dia juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Indonesia malam tadi. Untuk baca berita kemenangan Malaysia, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: “Tahniah Harimau Malaya”, Skuad Kebangsaan Tumpaskan Sang Garuda