Viral dengan kontroversi panas memiliki pil dadah Eramin 5 sebanyak 53 biji dan ditahan dalam keadaan khayal selepas terlibat dalam kemalangan, akhirnya pelakon Uqasha Senrose tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.
Uqasha mendakwa dirinya disabotaj oleh pihak tertentu dan menafikan beliau terlalu khayal semasa ditahan. Bagaimanapun, Uqasha tidak mahu memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara itu.
Saya tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif. Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini.
Terdahulu, Uqasha ditahan dalam keadaan khayal dan pihak polis turut menemui enam bungkusan aliminium berisi dadah Eramin 5 tersebut dengan berat 14.47 gram dalam beg tangan miliknya. Dadah tersebut dianggarkan bernilai RM660, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataan beliau direkodkan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.