Hantaran terbaharu personaliti media sosial Umisya Mazlan di TikTok mencuri perhatian warganet apabila dia berkongsi satu video memaparkan dirinya sedang berbual bersama suaminya, Aslam.
Dalam video tersebut, perhatian ramai tertumpu kepada kapsyen yang ditulis Umisya yang seolah-olah menggambarkan perasaan hatinya ketika itu.
“Singkat saja, yang tak rasa takkan faham. Hidup tidak pernah berjanji adil, tapi selalu memberi pelajaran.”
Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata dilihat memahami maksud di sebalik kata-kata yang ditulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, seorang individu turut memuji Umisya kerana masih bertahan dalam hubungan meskipun melalui beberapa pengalaman yang tidak menyenangkan dalam hidupnya.

Bagaimanapun, Umisya menafikan bahawa dirinya mempunyai kekuatan seperti yang diperkatakan, sebaliknya menyatakan dia hanya mengikut ketentuan yang telah ditetapkan.
“Saya tak kuat, saya ikut alur masa dan jalan saja.” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

