Baru-baru ini, Jinggo memberitahu dia sering kali menerima keluhan dari pemain industri yang mendakwa berasa tertekan bekerja bersama produksinya iaitu JS Picture.
Menurut pengarah serta penerbit ini, mereka yang mengadu berasa tertekan itu hanya menyuarakan detik-detik dimarahi saja tetapi apabila yang gembira tidak pula mereka menceritakannya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, suami kepada pelakon Shiela Rusly ini turut berkata dia tidak mengambil endah langsung dengan apa yang diperkatakan oleh mereka dan malas nak ambil pusing hal berkenaan.
Banyak main dari kerja serta banyak gelak dari fokus… kena lah sebijik kan. Itu lah makan dia. Apa pun, orang Perak kata… saya tidak kisah! Lantak lah kome!
Dalam pada masa yang sama, beliau menegaskan isterinya serta dirinya tidak akan sesuka hati menegur atau memarahi mana-mana pihak yang bekerja dengan mereka tanpa sebab yang munasabah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.