Penyanyi, Fyna Jebat mengakui hubungannya bersama madu, Datin Zalina Zaini kini semakin baik dan bersyukur konflik antara mereka sudah berakhir.
Isteri kedua kepada bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin itu berkata selepas ini orang ramai tidak akan melihat lagi insiden yang pernah berlaku tempoh hari.
Bukan itu sahaja, Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat memaklumkan mereka juga tidak mempunyai masalah untuk duduk makan semeja.
Saya tak kisah kalau nak duduk semeja atau makan sama-sama (dengan madu).
Namun, penyanyi berusia 29 tahun itu menjelaskan ketika ini dia masih belum berpeluang untuk melalukan aktiviti bersama madu oleh kerana kekangan jadual kerja yang padat.
Cuma di pihak dia, saya tidak berani untuk memberi sebarang komen. Bagi saya cukuplah terus doakan kami.
Dalam pada itu, Fyna mengakui dia sudah belajar dari kesilapan dan akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Saya pun lepas ini akan lebih beringat dalam sebarang tindakan dan percakapan, kiranya banyak kena belajar lagi.
Adik kepada penyanyi Ayda Jebat itu turut berterima kasih kepada orang ramai yang terus mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.