Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tak Kisah Gemuk Untuk Sementara Waktu Demi Anak – Almy Nadia

Dikutuk kerana mempunyai bentuk badan yang agak berisi daripada asalnya, Almy Nadia nampaknya tidak kisah dengan perkara tersebut kerana beliau sedang menyusukan  bayinya Nur Afriana Ariana dan mahu memberikan khasiat yang terbaik meskipun berat badannya meningkat naik.

Advertisement

Saya tak kisah gemuk untuk sementara waktu demi anak. Tak ada masalah. Orang nak bercakap…biarlah. Badan saya pun pernah berisi sebelum ini dan saya dicaci. Kemudian, bila saya kurus, saya dipuja. Sekarang saya berisi balik. Tunggulah saya kurus semula.

Saya nak diet sekarang pun tak boleh sangat kerana sedang menyusukan anak. Saya tak boleh makan ubat dan jamu sebarangan. Mahu atau tidak, memang saya kena makan dan perlukan khasiat yang banyak untuk anak. Jadi pejamkanlah mata buat seketika untuk pastikan anak saya sihat.

Namun, Almy memberitahu beliau telah berazam untuk menurunkan berat badan sehigga 50 kilogram bagi mendapatkan bentuk badan seperti dahulu kerana mengakui tidak merasa selesa dengan keadaan dirinya ketika ini walaupun suami tercinta Fizz Fairuz tidak begitu kisah dengan perubahannya itu.

Untuk anak selalunya seorang ibu mahu berikan yang terbaik. Tidak kisahlah orang nak panggil Almy gemuk asalkan beliau lakukan semua itu demi pembesaran anaknya.

Advertisement

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama