Pelakon lelaki, Aidil Aziz tidak mudah melatah dengan komen-komen yang diberikan oleh netizen kepadanya yang katanya menumpang hasil titik peluh isterinya, aktres jelita, Fasha Sandha.
Baginya, tiada apa yang perlu dimalukan jika digelar suami di rumah. Katanya lagi, dia akui kebolehan isterinya dalam bidang lakonan adalah lebih dari dirinya. Justeru itu, Aidil dengan senang hati ingin belajar berlakon dengan Fasha sendiri.
Kalau kami nak bahagia, tak boleh peduli dengan apa orang nak cakap.
View this post on Instagram
Tambah pelakon drama bersiri Suara Hati ini, dia lebih mengutamakan kebahagiaan bersama Fasha Sandha berbanding dengan persepsi orang luar tentang mereka. Walau apa pun, dirinya tetap suami yang sah kepada Fasha.
Bukan itu sahaja, bila ditanya tentang imej baru isterinya yang kelihatan lebih langsing dan seksi, respon Aidil mengejutkan ramai. Untuknya, Fasha sempurna dahulu dan sekarang tak mengira fizikal.
Isteri saya sentiasa seksi di mata saya. Saya tak pernah kisah bagaimana rupa dia.
View this post on Instagram
Untuk info, mereka telah mendirikan rumah tangga pada 2019 lalu dan kini telah mendapat seorang anak perempuan yang berusia dua tahun.
Selain itu, kami kongiskan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.