Sebelum ini, kecoh di rata-rata media sosial apabila Astro mengumumkan penyanyi, Shila Amzah turut akan berentap dalam program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).
Tampil memberi respon, Shila akui tidak gentar dengan kritikan netizen yang menganggap dirinya tidak layak menyertai GV9 kerana masih aktif menyanyi dan baru sahaja memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, dia mengakui sudah lali dengan situasi sedemikian dan penyertaannya dalam GV9 adalah untuk memperbaiki diri dan ingin keluar daripada zon selesa.
Saya masuk GV9 bukan sebab duit, sebab saya lihat program ni boleh jadi platform yang sesuai untuk seorang penyanyi yang nak berkarya.
Jelas Shila, walaupun sebelum ini dia pernah menyertai pertandingan seperti The Masked Singer dan Anugerah Juara Lagu, namun penyanyi lagu Pelukan Angkasa itu menyifatkan kedua-dua pertandingan itu mempunyai konsep yang berbeza.
Kalau nak cakap takut pada kritikan, saya dah lalui macam-macam kontroversi. Saya tak kisah dikritik dari segi nyanyian sebab lebih baik kritikan soal kerja berbanding peribadi.
Selalunya benda yang paling saya takut sertai pertandingan ialah penyingkiran. Kalau boleh saya nak elak perkara tu berlaku pada saya.
Bagaimanapun, Shila berkata seandainya dirinya tewas, dia tetap bangga kerana menjadi peserta paling muda dan mampu bersaing penyanyi berbakat besar lain seperti Jaclyn Victor, Tomok, Dina Nadzir, dan ramai lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.