“Saya Tak Kisah Bos Potong Gaji RM70 Setiap Kali Pergi Solat” – Kisah Pekerja Warga Bangladesh Ini Jadi Teladan Buat Netizen

Kehidupan

“Saya Tak Kisah Bos Potong Gaji RM70 Setiap Kali Pergi Solat” – Kisah Pekerja Warga Bangladesh Ini Jadi Teladan Buat Netizen

Kisah menyentuh hati seorang pekerja warga Bangladesh yang sanggup berdepan pemotongan gaji demi menunaikan solat berjemaah lima waktu di surau telah meraih perhatian dan pujian ramai warganet.

Sikapnya yang lebih mementingkan ibadah berbanding gaji dijadikan contoh teladan terbaik buat umat Islam yang kadang kala leka dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.

Advertisement

lelaki bangladesh solat lima waktu

Perkongsian menyentuh hati itu dikongsikan oleh pengguna media sosial, Zariff Southpaw, di laman Threads miliknya yang menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘Bangla Green Flag’  simbol keimanan dan keikhlasan luar biasa.

Menurut Zariff, pekerja asing itu tidak pernah meninggalkan solat lima waktu di surau dan istiqamah mengerjakan solat sunat qobliyah dan ba’diyah setiap hari.

Dia kata boss potong gaji RM70 kalau dia pergi solat Jumaat. Tapi dia tak kisah, janji dapat solat. Katanya, dunia bukan matlamat, tapi akhirat yang lebih utama.

Zariff turut mendedahkan bahawa lelaki tersebut menghantar kira-kira 80 peratus daripada pendapatannya ke kampung halaman untuk menyara keluarganya, dan hanya menggunakan 20 peratus selebihnya untuk menampung kehidupan di Malaysia.

Lebih mengagumkan, lelaki itu juga sering berbicara tentang perkara yang baik dan berkaitan agama setiap kali mereka bertemu, tanpa menyentuh hal remeh atau melalaikan.

“Di dunia ini dia hanyalah orang biasa, tetapi di akhirat nanti, Insya-ALLAH darjatnya luar biasa,” tambah Zariff.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya tersentuh dengan keikhlasan dan keteguhan iman lelaki tersebut, sekaligus menjadi peringatan dan inspirasi kepada ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bahasa indonesia
4 days ago

"Zaman Sinetron Dulu Tak Seteruk Kini" - Ayat Hospital Jadi 'Rumah Sakit', Guru Ini Minta Ibu Bapa Pantau Kandungan Video Ditonton Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...