Memang cukup dikenali dengan imej seksi serta lantang berkata-kata, pelakon Zarina Anjoulie bagaimanapun memberitahu idam untuk membawa watak wanita baik contohnya sebagai ustazah dalam lakonannya.
Zarina atau lebih mesra dikenali sebagai Anju mahu menunjukkan kelainan dan elak dari membawa watak klise yang seringkali dimainkan oleh pelakon lain, sekali gus cabaran baru buatnya.
Saya sebenarnya teringin hendak bawakan watak seorang ustazah. Watak sebegitu memang menarik, selain akan membuatkan penonton teruja untuk melihat saya dalam televisyen.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, beliau turut berkata rela membuka bulu mata palsu dan memakai tudung labuh jika dirinya diberi kesempatan untuk membawa watak ustazah serta merasakan tidak salah untuk dia tampil dengan kelainan.
Ketika ditemui oleh pihak Kosmo di majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa, Anju turut mengakui dia menerima banyak tawaran berlakon sepanjang ‘berehat’ beberapa tahun lalu akan tetapi terpaksa menolaknya atas beberapa faktor dan terutamanya sebab terpaksa berjauhan dengan anak.
Sekadar info, selain wanita tersebut, pelakon yang turut membintangi filem Hantu Kuat Ketawa itu adalah Saiful Apek, Syanie serta Along Cham dan ia akan ditayangkan menerusi Astro First bermula 27 Januari.