“Saya Tak Kerja Untuk Bayar Duit Itu..”- Ali Puteh Nafi Jual Ayam Untuk Bayar Ganti Rugi Kes Saman Fitnah Kepada Hidayah

Hiburan

“Saya Tak Kerja Untuk Bayar Duit Itu..”- Ali Puteh Nafi Jual Ayam Untuk Bayar Ganti Rugi Kes Saman Fitnah Kepada Hidayah

Pelawak Ali Puteh, 34, menafikan bahawa perniagaan pembekalan ayam mentah bersama jenama Red Grocer untuk membayar sejumlah wang yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menurut Utusan, pada 18 Februari 2022, mahkamah telah memerintahkan Ali untuk membayar RM60,000 kepada bekas kakak iparnya akibat kata-kata aib yang dimuat naik di Instagram dua tahun lalu.

Advertisement

Kata Ali, perniagaan yang dijalankan tidak ada kaitan dengan wang yang perlu dibayar kepada bekas balu abangnya iaitu arwah Abam Bocey atau nama sebenar arwah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Jelas Ali lagi, bahawa dia memilih untuk fokus berniaga kerana ianya sebahagian daripada fardu kifayah. Ali juga menerangkan bahawa permulaan kepada kareer perniagaan bukanlah penamat kepada perjalanan kerjayanya seninya.

Dia turut menerangkan jika diberi peluang beraksi di gelanggang seni, dia tidak akan menolak sama sekali. Kumpulan Puteh juga masih lagi bersama dan Ali tidak pernah terfikir untuk membubarkan kumpulan tersebut.

Ali puteh kalah kes saman fitnah
2 years ago

2 Tahun 'Bergelut', Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...