Written by AbangNara | December 9th, 2013

Rabu ini, Rozita Che Wan bakal dinikahkan dengan Zain Saidin. Dengan jumlah perbelanjaan termasuk penaja mencecah RM13 juta, perkahwinan Che Ta dan Zain digelar sebagai “Wedding of the Year” oleh orang ramai. Jumlah belanja yang tinggi menimbulkan cakap-cakap belakang daripada orang ramai sehinggakan ada tokoh-tokoh agama yang turut masuk campur dengan memberikan pendapat mereka sendiri.
che taSecara jujur, kalau Abang Nara jadi Che Ta pun, pasti dengan hati terbuka akan menerima tajaan yang datang kepada diri ini. Orang nak taja, takkanlah kita nak tolak kan? Itu namanya rezeki datang bergolek. Lagipun Che Ta adalah nama besar dalam dunia hiburan. Jadi tak hairanlah banyak pihak nak menaja. Kata Che Ta kepada Pancaindera semalam:-

Kalau anda nak kahwin, dan ada orang datang nak taja, takkan tak nak. Saya bersyukur bila ada orang nak taja perkahwinan saya. Orang kata Che Ta belanja besar sampai RM13 juta untuk perkahwinannya, itu silap. RM10 juta itu adalah nilai tajaan barang kemas untuk tiga majlis berasingan (nikah, berinai dan bersanding). Belanja tajaan majlis perkahwinan hanya RM3 juta seperti pakaian, katering, dekorasi, fotografi, cenderamata dan solekan.

che ta

Memberikan maklumbalas mengenai kata-kata tokoh agama yang menasihatkan supaya bersederhana menganjurkan majlis perkahwinan kerana bimbang terambil hak orang lain misalnya orang miskin yang tidak diundang untuk menikmati jamuan di majlis berkenaan, Che Ta berkata:-

Saya tak kejar pun gelaran Wedding of the Year itu. Langsung tidak ada, sebab pada peringkat awal saya mahu majlis perkahwinan secara ringkas. Majlis nikah kecil-kecilan pun tak mengapa.

Saya bayar zakat pendapatan setiap tahun. Saya bagi kepada orang yang berhak, seperti anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Saya buat pada bulan Ramadan sebab nak keberkatan bulan itu. Takkanlah setiap kebaikan yang kita buat itu perlu dihebahkan? Sebab itu saya yakin tiada yang telah teraniaya sewaktu majlis saya berlangsung.

Apa pun, Abang Nara paling suka dengan ayat di bawah ini yang dilontarkan oleh Rozita Che Wan. Memang patut ia menjadi panduan buat orang ramai terutama yang berstatus selebriti di Malaysia ini.

Biarlah orang nak cakap apa pun. Kita jangan terlalu ambil hati atas apa yang orang cakap pada kita. Nanti kita yang susah hati

che ta

Kalau ikut cakap orang, sampai bila-bila pun Che Ta takkan berkahwin agaknya. Yang penting, hati kita sendiri gembira dengan apa yang kita lakukan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segala persiapan perkahwinan Che Ta dan Zain berjalan dengan lancar. Tak sabar nak melihat keanggunan Che Ta di hari pernikahannya Rabu. Pasti memukau!!!

86 responses to Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan

  1. Album Gambar says:

    Tengok muka Che Ta dalam gambar2 ni, terasa macam aku sebenarnya tengah tengok gambar2 dia sambut anniversary weeding dia ja yang ke… (25 tahun).

  2. klcc says:

    sian che ta.. korang ni!!

  3. ..................... says:

    aku malas nk komen lebih2 sb dia org pn dh nk kawin…dh jodoh dia org…sama2 la kita doakan y terbaik wat dia org….jgn la kita asyk nk mengumpat n mengata dia…kita tengok la diri kita sendiri sdh cukup baik kah kita ni…..

  4. Anonymous says:

    salam.
    tahniah buat che taaa….. rezeki org nak taja. alhamdulillah….. rezeki diakan. untuk nok nok nok bab gaji halal haram tu bukan kerja kita itu kerja allah…. gaji ko pun tak tentu halalnyaaa…. pandai sangat nak cakap bab2 halal haram. solat pun tak tentu cukupnya…. biarlah apa org nak kata bab agama nie biar yang pandai je yang bersuara…. sungguh pun tanggungjawb org yang menegur tu dah terlepas yang kita nie duk kutuk2 datang dosa je. yang che ta senang lenang tgh bahagia….doakan yang terbaik buat che taaa.
    dah menuju akhir zaman alim ulama di kutuk….. menggunakan akal logik untuk berbicara…
    bab aurat nieee…. terpulanglah nak cakap apa tp semua umat islam wajib menutup aurat dan ada batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. itu mmg kita telah di ajar dari sekolah rendah lagi. mungkin ada yang jawab x dapat hidayah lagi…… bab bini menteri agong2 tu bagi aku dia org lagi intelektual terpulang leee kubur lain 2 azab pun lain2….. peringatan untuk diri semdiri jugak. kengkadang kita ngata orang tp diri sendiri x sempurna.
    tunjuklah contoh yang baik untuk anak2, peminat dan masyarakat…. Jangan menjatuhkan agama demi kepuasan diri sendiri……

    Comel ke bergambar pra weeding dengan baju yang satu dunia boleh nampak aset, satu dunia boleh tgk aksi2 mesra n loving sangat…..
    Sederhana itu lagi baik dan mmg di tuntut.

    • lepat pisang says:

      SORRY Anon December 10, 2013 at 8:48 am. i first dislike comment u. sangat berbeza komen u dgn nok nok nok… mcm perbezaan org yg berilmu dan tidak berilmu… minta maaf kalau marah.

    • Nok-Nok-Nok says:

      W’salam Anon.,

      Ini lagi sekali Nok kena ulang.. Nok ni beri nasihat. Nok tak cakapn pun gaji sape halal and gaji sape haram.. Nok kan memberi idea supaya Masyarakat BERFIKIRAN global.. Fikir dahulu sebelum berkata2..

      Apa2 pun., Nok anggap dengan cara memberi nasihat dan pandangan ni adalah cara Nok nak berdakwah pada masyarakat.. Sebab berdakwah tu tak semestinya hanya tegur orang Solat atau bukak aurat..

      Cuba anda melihat keindahan dunia Tuhan ni di tempat lain, Insyallah pemikiran anda akan lebih terbuka tetapi masih ada sisi Islamiah nya.. Bak kata orang Melayu, jauh perjalanan, Luas pemandangan..

      Buat Lepat pisang- Calm down. Nok faham Anon tu pun nak beri pandangan dia. take it easy and always think positive ok.. Apa yang buruk sekarang Insyallah boleh jadi lebih baik di masa akan datang..

      Daaaaaaaaaaa….

  5. Olaf says:

    kerana cik ta janda dia d kutuk…
    keranan cik ta kawin ngan org muda dia d kutuk…
    ( tpi jujur aku ckp…wlpn cik ta ni dh berumo tpi dia ttp masih cantik…penampilan dia pn ttp cantik..) anak dara pn y ad body x dpt lawan cik ta ni….

    • Kopi Pak Aziz says:

      Mesti la dia jaga semua. Kerjaya dia retis kena jaga la muka, body, itukan aset dalam bidang seni untuk dapat job mencurah-curah yols. Takkan nak selebet ja. Lain la kalau dia kerja pembantu pejabat ka, pembantu kedai runcit ka, pembantu warung kopi Pakcik Aziz ka, apa barang nak glamer memanjang..

  6. helo helo says:

    biarlah dia… korang ni tak habis-habis la..
    kalau pun dia kejar title Wedding of The Year tu, bukannya dia menyusahkan korang..

    Melayu memang pendengki!

  7. Anonymous says:

    x kisah la kalau cik ta d sponser…kira bersyukur ad org nk sponser…tpi harap2 jgn jadi masa kawin memey n ezlin ye cik ta…..cik ta ni dh cantik tpi kalau jadi mcm kawinnya memey n ezlin tu kesian plk…kelaut jadinya nanti….

  8. Janda Vogue says:

    Am happy for Che Ta..

    Congrats !! !

  9. abang cute says:

    Tahniah la Zain n Che Ta….rezeki Allah nak bagi…kita bukan tau…ada sebab kenapa Allah bagi rezeki kahwin Che Ta ni disponsor…cukup-cukup lah mengata kat dia….kesian jugak tengok orang2 dok mengeji mengumpat mengata kat dia..makin dekat majlis perkahwinan dia, makain seronok orang dok kata…apakata kita doakan yang terbaik….menegur itu bagus..tapi perlulah dengan cara yang berhemah dan medium yang bertepatan…

    Abang cute doakan perkahwinan Che Ta kali ni bersama Zain berkekalan….x sabaq nak nengok anak-anak dorang….doa abang cute lagi semoga Che Ta berubah ke arah yang lebih baik….nak tengok sangat Che Ta berhijab mengikut syarak….Amin….

  10. Mirai Suenaga says:

    senang je citer, aku kalau ada duit banyak pun, aku nak gak buat grand2 bagai.

  11. themightydingdong says:

    yelaaa nekta~ wedding of the century pon bole .

  12. gua menyampah says:

    rozita che wan dan propa mmg takkan berhenti..makcik ni mmg suka propa..tak larat aku!!

  13. nok gebuzzz says:

    ape yg dipilih hak individu…..bkn salah RCW nak smua ni…pihak sponsor masing2 nak promote brg mereka masing2….

  14. Sayang says:

    Tolong yeeee……pada sape2 yg back up che ta ni. Orang komen bkn makna benci tapi meluat ngan loya spai muntah hijau bagai dgn gaya nenek ni yg over, mcm x penah dpt laki. Kan molek klau bgaya seiring dgn umo tu. Si zain ni pn aku tgk dah mcm gaya orng tua la plak. Nak bg balance kut.

    Pe pn respect gak kat cik ta sbb x rampas laki org. Tu je

  15. tokiooo says:

    Her veils is exactly like my mom’s missing table clothe. tee hee hee

  16. makhluk halus says:

    che ta sombong ….dtg tmpat awam, bukan main sombong lg…

  17. minah says:

    bosan! tak abes2 psl che ta kawen…

  18. nana says:

    Selamat menempuh alam perkahwinan Che Ta. Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia ke anak cucu. Amin.

  19. Bob says:

    Alamak che ta kawin same tarikh ngan tragedi highland tower..rebahhhh ke bumi…

  20. Saya suka Che ta says:

    Semoga berkekalan hinge ke akhirnya..We love Che Ta. all the way from Brunei

  21. asap says:

    Tahniah zsrcw! moga berkekalan hingga ke syurga

  22. sayang che ta says:

    Tahniah Che Ta.

    Semuga perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat. biarlah apa orang nak cakap, janji che ta dan zain bahagia nooooooo.

  23. […] Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan (82) […]

  24. […] Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan (83) […]

  25. […] Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan (84) […]

  26. […] Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan (85) […]