“Saya Tak Kaya Mana Tapi…” – Elly Mazlein Sebak Terkenang Nasib Kanak-Kanak Memerlukan, Mahu Terus Hulur Bantuan

Hiburan

“Saya Tak Kaya Mana Tapi…” – Elly Mazlein Sebak Terkenang Nasib Kanak-Kanak Memerlukan, Mahu Terus Hulur Bantuan

Sering dilihat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya golongan kanak-kanak, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein berkata usaha baiknya itu bermula apabila dia bertemu dengan penghidap kanser mata tahap empat, arwah Alisa Umairah Nur Hisham tahun lalu.

Kali pertama saya lihat dia dalam TikTok, terdetik rasa kasihan dalam hati. Walaupun sekejap je sempat kenal Alisa, tapi cinta dan sayang saya pada anak istimewa tu menebal sampai ke hari ini.

elly mazlein

Selepas Alisa dijemput Ilahi, saya bercakap pada diri sendiri, saya akan teruskan usaha untuk beri sumbangan pada anak-anak lain yang memerlukan.

Menurut Xtra, pelakon itu memberitahu baru-baru ini dia bertemu dengan adik Nur Umairah Mohd Fauzi yang sedang melawan sakit barah darah (leukemia).

Saya ke Johor untuk jumpa adik Umairah dan saya hadiahkan telefon bimbit padanya untuk dia belajar di hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Sebenarnya ramai lagi anak-anak yang saya nak jumpa. Saya tak kaya mana tapi rezeki saya dapat tu, saya nak salurkan kepada mereka.

Kata Elly, dia berharap agar bantuan yang dihulurkan dapat memberi kebahagian buat mereka yang memerlukan.

Kos perubatan sangat mahal, jadi saya harap pertolongan saya yang kecil ni sedikit sebanyak dapat bahagiakan mereka. Insya-Allah ada bahagian rezeki saya akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan kerana dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

Advertisement

elly mazlein dan nabil ahmad sudah berbaik
1 day ago

“Adik-Beradik Pun Boleh Gaduh, Inikan Pula Saya Dengan Nabil” - Elly Mazlein & Nabil Ahmad Sudah Berbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...