“Saya Tak Join Misi Kemanusiaan Sebab Nak Jadi Famous” – Farah Lee Sedih Dilabel Negatif Oleh Netizen

Kehidupan

“Saya Tak Join Misi Kemanusiaan Sebab Nak Jadi Famous” – Farah Lee Sedih Dilabel Negatif Oleh Netizen

Pempengaruh dan personaliti TV, Farah Lee tampil menjelaskan kekeliruan setelah penglibatannya dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GFS) dipersoal sesetengah netizen.

Difahamkan, ada yang mempersoal penglibatan Farah dalam misi itu yang dikatakan ingin mendapatkan liputan dan ‘famous’ semata-mata.

Advertisement

Jelas Farah, dia sudah lama bercita-cita untuk menyertai ‘Sea Mission To Gaza’ setelah terinspirasi dengan perkongsian Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang pernah menyertai misi Flotila pada tahun 2010.

Tak pernah terlintas langsung pasal tak dapat liputan ke apa. Saya tak pernah niat apply join Sumud ni sebab nak jadi sebutan, nak diangkat ke apa, saya apply sebab memang kemanusiaan ni jiwa saya.

Dari 2010 bercita-cita nak join sea mission to Gaza sebab terinspirasi dengan sharing Dato Hasanuddin masa beliau sertai Mavi Marmara.

Tambahnya lagi, dia sudah biasa menyertai misi kemanusiaan hampir setiap bulan namun tidak selalu mengemaskini media sosial.

farah lee

Saya apply pun sebab saya tahu saya ada jumlah bilangan pengikut yang agak ramai. Jadi penglibatan saya harapannya untuk jadi suara kepada Palestin dan saya harap anda semua melakukan perakra yang sama. Jadilah suara sesuai kapasiti anda okay.

Sekadar info, Farah merupakan kumpulan kedua sukarelawan Sumud Nusantara yang menyertai GFS berlepas ke Itali dan Tunisia.

Selain Farah, antara selebriti lain yang terlibat adalah seperti Zizi Kirana, Ardell Aryana dan PU Rahmat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nadzmi adhwa dilabel tak ada telur
2025-09-09 13:43:13

Nadzmi Adhwa Dilabel 'Suami Tak Berguna', Benarkan Ardell Aryana Sertai Misi GSF - "Ada Cakap Saya Tak Ada Telur.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...