“Saya Tak Ingin Buat Sebarang Kenyataan Lanjut, Namun..” – Suami Nora Ariffin Dakwa Difitnah Isteri Pertama

Hiburan

“Saya Tak Ingin Buat Sebarang Kenyataan Lanjut, Namun..” – Suami Nora Ariffin Dakwa Difitnah Isteri Pertama

Suami kepada penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin iaitu Dr. Rushdi Ramli tampil mempertahankan kenyataan isteri keduanya yang mendakwa penceraian berlaku disebabkan desakan isteri pertama, Rose Aliza Sutrisno dan anaknya, Alia Rushdi.

Menurut Berita Harian, melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan, Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul Universiti Malaya (UM) turut menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri pertamanya iaitu penceraian berlaku atas kehendak suami sebagai fitnah.

Advertisement

nora ariffin dan suami

Pada awalnya, saya tak ingin membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai isu ini. Namun, demi untuk menyatakan kebenaran dan membersihkan nama, saya menafikan sepenuhnya kenyataan yang dibuat oleh Rose.

 

Kenyataan berkenaan tidak benar dan mendatangkan fitnah besar kepada saya sebagai suami dan Nora sebagai isteri kedua.

Dia turut memberitahu wujudnya desakan dan suruhan daripada pihak Rose sehingga dia menceraikan Nora, namun kemudiannya dia rujuk semula dengan isteri keduanya.

Saya ingin menyatakan terdapat bukti wuudnya desakan dan suruhan daripada pihak ketiga untuk saya menceraikan Nora.

Walaupun dia mengakui memahami perasaan yang dialami Rose yang dimadukan tanpa pengetahuan, namun Rushdi berkata itu tidak bermakna isteri pertamanya itu boleh bertindak sesuka hati dengan memaksa dirinya menceraikan Nora.

dr rushdi ramli dan rose

Saya ingin nyatakan di sini, saya sangat berharap kemelut isteri-isteri saya dapat diselesaikan secara harmoni demi bulan Ramadan yang mulia ini. Saya amat sayang kedua-dua isteri dan keluarga saya.

 

Saya amat menghargai segala kebaikan dan pengorbanan isteri pertama sepanjang hidup bersamanya, selain saya juga menghargai kebaikan isteri kedua.

 

Saya amat berharap saya dan isteri-isteri saya dapat melayari bahtera dan meniti kehidupan bersama dengan sakinah, mawaddah warahmah sehingga jannah-Nya.

Pada 19 Mac yang lalu, Rose memuat naik hantaran di Facebooknya menafikan dia dan anaknya menjadi punca penceraian suaminya dan isteri keduanya seperti yang didakwa Nora sebelum ini.

2 days ago

Madu Nora Ariffin Buka Mulut, Dakwa Tak Pernah Paksa Suami Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...