“Saya Tak Halalkan Pendapatan Mereka..” – Kesal Hasil Titik Peluh Diciplak, Wawa Zainal Bimbang Nama Baik Jenama Tercalar

Hiburan

“Saya Tak Halalkan Pendapatan Mereka..” – Kesal Hasil Titik Peluh Diciplak, Wawa Zainal Bimbang Nama Baik Jenama Tercalar

Hasil peluh setiap usahawan untuk mengeluarkan sesuatu produk itu amat berharga bagi mereka dalam dunia bisnes. Namun, jika usaha dan idea itu diambil oleh orang lain begitu saja, pasti akan kecewa dan marah. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan berjaya, Wawa Zainal ketika produknya diciplak orang lain.

Pemilik kepada jenama kosmetik lokal Wawa Cosmetics ini ternyata marah dengan mereka yang meniru dan menjual produknya di pasaran tanpa kelepasan yang sah. Wawa akui dirinya kecewa dengan tindakan pihak tersebut yang tidak bertanggungjawab dan melanggar undang-undang.

Advertisement

Saya memang tak akan halalkan pendapatan mereka hasil dari produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics.

Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Bukan itu sahaja yang dikhawatiri aktres ini. Dia juga bimbang jika produk ciplak itu dibuat tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh menjejaskan kulit si pemakai.

Pada masa yang sama, jika hal tersebut terjadi, jenama Wawa sendiri yang akan terkena tempias hal tersebut. Oleh itu, dirinya dan pihak yang terlibat sedang berusaha keras bagi mengesan aktiviti tak bertanggungjawab itu dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini juga menasihati agar pembeli berhati-hati ketika membeli sebarang produk jenamanya. Pastikan dibeli dari penjual yang sah serta ada ciri-ciri produk yang asli. Dirinya juga menegaskan bahawa perkara ini akan dibendung dengan segera demi keutamaan pembeli.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

alha alfa
1 year ago

Gadis Mat Saleh Persoal Produk Lokal Guna Model Kulit Putih, Respon Staf Alha Alfa Kosmetik Undang Kecaman Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...