Saya Tak Gila Nak Kacau Hubungan Mereka – Ramona Zamzam

Hiburan

Saya Tak Gila Nak Kacau Hubungan Mereka – Ramona Zamzam

Memang satu tindakan yang gila sekiranya Ramona Zamzam berniat untuk mengacau hubungan Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang bakal berkahwin dalam masa 2 minggu ini. Tak masuk akal betul untuk Ramona menjadi pemusnah untuk bakal rumahtangga yang dibina. Ini semua gara-gara Ramona memuat naik gambar dirinya bersama Dazrin menerusi Instagram baru-baru ini sehingga menimbulkan kemarahan para peminat.

dazrin dan ramona

Advertisement

Abang Nara faham ‘concern’ para peminat. Ramona Zamzam memang cantik orangnya. Memang boleh bikin hati para jejaka cair orangnya. Namun Abang Nara percaya Ramona dan Dazrin tak akan buat kerja gila untuk jatuh cinta di saat ini. Pastinya kemesraan yang ditampilkan sekadar tuntutan kerja. Terang Ramona menerusi Harian Metro:-

emang saya bengang. Ini benda mengarut. Satu Malaysia pun tahu mereka akan kahwin dalam masa dua minggu. Takkan saya gila nak kacau hubungan mereka.

Hakikatnya saya dan Dazrin memang dah kenal lama. Kami memang akrab bila jumpa di lokasi tapi tak ada yang lebih seperti disalah ertikan pihak tertentu.

Kebetulan kali ini kami berlakon bersama dan jadi rapat di set sebab sama kepala, itu saja. Saya profesional dan tahu menghormati status dia yang bakal berkahwin tak lama lagi.

dazrin

Diharap penerangan Ramona Zamzam ini akan dapat menenangkan hati para peminat Dazrin dan Amyra Rosli. Untuk makluman, Dazrin dan Amyra akan bergelar suami isteri pada 8 Ogos ini. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Kiki didenda RM5,000 dan 240 jam kerja komuniti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...