“Saya Tak Ganggu Siasatan” – Datuk Seri Najib Tun Razak Nafi Dakwaan Ganggu Siasatan 1MDB dan SRC

Berita

“Saya Tak Ganggu Siasatan” – Datuk Seri Najib Tun Razak Nafi Dakwaan Ganggu Siasatan 1MDB dan SRC

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberi keterangan di hadapan Mahkamah Tinggi berkata beliau tidak menggangu siasatan pasukan petugas khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kerana beliau sendiri sedang disiasat.

Memetik dari Sinar Harian Beliau berkata, ia tidak wajar baginya untuk campur tangan kerana ia boleh dianggap sebagai melampaui tugas pihak berkuasa.

Advertisement

Saya juga sedang disiasat, saya tahu ini kerana mereka datang ke pejabat saya untuk soal saya.

Najib-utusan

Jika secara tidak sengaja atau sengaja anda mengatakan sesuatu, maka ia boleh di anggap sebagai satu perbuatan jenayah.

Pernyataan itu dikeluarkan semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdulllah dalam saman sivil AS$1.18 bilion SRC International terhadapnya dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, yang masih bebas.

Pada Julai 2015, pasukan petugas khas yang terdiri daripada pegawai Jabatan Peguam Negara (AGC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis DIraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan siasatan berikutan laporan bahawa sejumlah besar wang telah dihantar dari luar negara ke dalam akaun peribadinya.

Pada Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah jenayah dan juga salah guna kuasa serta memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain menyeleweng dana tersebut.

Najib jho low
3 hours ago

“Tak Pernah Sekongkol Dengan Jho Low” - Terluka Selepas Tahu Kecurangan 1MDB, Najib Razak Mohon Maaf Pada Rakyat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...