“Saya Tak Faham Dengan Orang Yang Suka Tekankan Susu Badan Lagi Baik Daripada Formula” – Nina Ismail Sabri

Trending

“Saya Tak Faham Dengan Orang Yang Suka Tekankan Susu Badan Lagi Baik Daripada Formula” – Nina Ismail Sabri

Melalui platform Threads, baru-baru ini, personaliti media sosiall, Nina Ismail Sabri ada berkongsikan pendapatnya apabila ada yang menekankan bahawa susu badan lebih baik untuk bayi berbanding susu formula.

Persoal netizen tekankan susu badan lebih bagus berbanding susu formula

Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob itu berkata dirinya memberikan susu badan kepada anak perempuan, Jeanelle Nika sehingga umurnya tujuh bulan.

Advertisement

nina ismail sabri

Dedahnya, anak perempuan enggan menyusu badan walaupun sudah mencuba dan dia mengambil keputusan untuk tidak memberikan tekanan terhadap diri mengenai perkara tersebut.

“Asalkan bayi diberi cukup makan..”

Susulan itu, Nina sempat menasihati kaum ibu untuk tidak terlalu tertekan mengenai susu mana yang lebih bagus untuk anak, asalkan bayi diberi cukup makan.

Bagi saya, paling penting adalah bayi diberi cukup makan. Susu badan atau formula tak kisah, buat cara awak okay ibu-ibu. Jangan stress kan diri.

Sekadar info, Nina Ismail Sabri sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, di mana mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan tetapi bercerai talak satu pada December 2023 dan wanita itu kembali berkahwin dengan lelaki pilihan hati, Hafiz Osman pada November tahun lalu.

nina ismail sabri kahwin
2024-10-04 15:10:11

"Persahabatan Selama 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup" - Nina Ismail Bakal Berkahwin Dengan Rakan Baik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...