“Saya Tak Faham Dengan Orang Yang Menormalisasikan Penderaan” – Shila Amzah Hairan Isu Dera Dianggap Normal

Hiburan

“Saya Tak Faham Dengan Orang Yang Menormalisasikan Penderaan” – Shila Amzah Hairan Isu Dera Dianggap Normal

Penyanyi terkenal, Shila Amzah telah berkongsi pendapatnya di aplikasi Thread mengenai isu penderaan fizikal yang dilihat menjadi normal di dalam masyarakat.

Penyanyi itu menyelar individu yang memandang remeh terhadap isu penderaan kerana penderaan bukanlah satu bentuk tindakan yang wajar dilakukan oleh seseorang.

Advertisement

Saya tak faham dengan orang yang menormalisasikan penderaan dan memperlekehkan individu yang sedang berusaha untuk menyembuhkan diri mereka.

 

Saya bimbang untuk pasangan, anak-anak, keluarga atau rakan-rakan mereka yang terpaksa berada bersama seseorang yang langsung tiada empati.

 

Penderaan tidak seharusnya dinormalisasikan, penderaan juga tidak sepatutnya dipandang remeh.

Shila turut berkata hantaran yang telah dibuat itu adalah untuk memberi kesedaran terhadap orang ramai mengenai isu berkenaan.

Dia juga memberi nasihat kepada mana-mana individu yang terperangkap di dalam perhubungan toksik untuk segera meninggalkan pasangan mereka sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.

 

Post by @shahilaamzah
View on Threads

 

Selain itu kami kongsikan artikel lain yang menarik di bawah.

Fahmi fadzil vivy yusof
3 weeks ago

“Khazanah, PNB & FashionValet Perlu Beri Penjelasan Tentang Kerugian RM43.9 Juta” - Fahmi Fadzil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Thread

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...