“Saya Tak Dibenarkan Jumpa Anak Pada Waktu Lain, Sudah 8 Tahun Seperti Ni” – Fizo Omar Dedah Hanya Jumpa Maryam 4 Hari Sebulan

Hiburan

“Saya Tak Dibenarkan Jumpa Anak Pada Waktu Lain, Sudah 8 Tahun Seperti Ni” – Fizo Omar Dedah Hanya Jumpa Maryam 4 Hari Sebulan

Baru-baru ini, pelakon, Fizo Omar didakwa kononnya dirinya tidak mempedulikan anak sulung, Wan Maryam hasil perkahwinan sebelum ini bersama usahawan, Mawar.

Dapat jumpa empat hari sebulan saja

Susulan dituduh sedemikian, pelakon terbabit mendedahkan dirinya hanya dapat bertemu dengan Maryam selama empat hari dalam sebulan sahaja.

Advertisement

Namun Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar enggan mengulas lebih lanjut mengenai luahan hati Maryam kerana menganggap ia merupakan reaksi normal seorang kanak-kanak.

Mudah kata saya tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak pada waktu lain, sebaliknya hanya perlu mengikut tempoh sudah ditetapkan. Sudah lapan tahun seperti ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)

Tegas Fizo, hubungannya bersama anak sulung sama sekali tidak mempunyai masalah, sebaliknya mereka masih hidup bahagia sebagai satu keluarga.

‘Mana ada bapa tak sayang anak..’

Tambahannya lagi, tanggungjawab sebagai seorang bapa demi menjaga kebahagiaan anak-anak tidak pernah dilupakan olehnya.

Orang cerdik akan fikir logik, mana ada bapa tak sayang anak. Saya tidak mahu perkara toksik seperti ini menganggu kehidupan kami seharian.

Sebelum ini, tular di platform media sosial memaparkan luahan Maryam yang berasa sedih sewaktu melakukan live bersama ibunya, Mawar dengan mengatakan dia sudah tidak disukai bapanya kerana sudah kurang luangkan masa bersama.

"Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi.." - Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen
3 days ago

"Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi.." - Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...