Kebelakangan ini, banyak pula kes melibatkan rumah tangga telah diganggu oleh pihak ketiga. Seolah menjadi trend, penyanyi Siti Sarah berkata dirinya hanya mampu untuk tawakal dan berdoa sekiranya rumah tangga dia dan Shuib bakal diganggu setelah suaminya itu kini telah bergelar usahawan berjaya.
Menurut penyanyi lagu Saat Hilang Cintamu ini, dia sama sekali tidak boleh mengawal aktiviti suaminya seperti contoh menghalang Shuib daripada menggunakan telefon bimbit.
Kini, apa yang boleh dilakukan supaya perkara yang sering ditakuti para isteri itu daripada tidak berlaku adalah dengan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan sentiasa mendoakan yang terbaik dalam perkahwinannya.
View this post on Instagram“Saya tak dapat nak buat apa sekiranya perkara itu berlaku.. saya anggap ia kehendak dan izin dari Allah. Saya tak boleh nak peluk suami saya, tak bagi dia keluar, ambil handphone dia. Saya tak boleh nak kawal suami cuma saya boleh buat ialah menjaga hubungan dengan Allah. Saya hanya harapkan Allah berikan yang terbaik untuk rumah tangga saya. Itu adalah sebaik-baiknya,”
AdvertisementKetika diminta untuk mengulas mengenai kontroversi mengenai seorang artis baru yang dikatakan telah merampas suami orang, Siti Sarah berkata dia tidak mempunyai hak untuk memberi komen mengenai perkara itu.
“Secara jujur saya tiada hak untuk memberi komen. Isu rumah tangga seseorang itu sangat sensitif. Saya tak boleh salahkan mana-mana pihak kerana saya tidak berada dalam keadaan mereka,”
Siti Sarah Raissuddin yang berkahwin dengan personaliti pelakon dan pelawak terkenal yang kini bergelar usahawan berjaya, Shuib Sepahtu pada tahun 2011 yang lalu kini bahagia bersama dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Al Qarni, Talita Zahra dan Ariq Matin.
Sumber : mStar Online
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Loading...