Pelakon Kamal Adli menafikan sebarang punca keretakan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose, adalah disebabkan orang ketiga.
Ketika ditemui oleh OhBulan, Kamal, 39, turut menegaskan tiada berlaku kekerasan dalam rumah tangga mereka.
Paling penting, saya nak beritahu di sini, saya tak curang. Saya tak ada orang lain. Saya tak ada sesiapa saja. Saya hanya ada dia (isteri) dan anak saya sahaja.
Itu kes dalam kain, apa-apa semua, janganlah buat itu. Saya sayang dia. Okay, itu sahaja yang paling penting.
Kamal berkata demikian selepas prosiding kedua tuntutan perceraian Uqasha terhadapnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Berkongsi lebih lanjut, Kamal meluahkan rasa rindu terhadap Uqasha selepas hampir sebulan tidak berhubung.
Kami dah lama tak berjumpa. Terus-terang saya sangat merindui isteri saya.
Agak lama jugalah iaitu sejak dia menyekat saya di telefon dan media sosial.
Terdahulu, prosiding pertama perceraian pasangan selebriti itu yang dijadualkan pada 22 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan susulan ketiadaan Kamal yang ketika itu sedang menjalani penggambaran.
Peguam Cerai Wakili Uqasha Senrose Tarik Diri – “Kami Agak Terkejut Apabila..”
Sumber terdekat menjelaskan bahawa rumah tangga pasangan itu mula bergolak sejak April lalu, namun bukannya berpunca daripada orang ketiga. Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap bersama ibunya.
Untuk rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
