“Saya Tak Cemburu Pun” – Ellie Suriaty Akui Tak Akan Rujuk, Minta Azri Segera Nikah Lepas Habis Edah

Hiburan

“Saya Tak Cemburu Pun” – Ellie Suriaty Akui Tak Akan Rujuk, Minta Azri Segera Nikah Lepas Habis Edah

Beberapa minggu lalu, kecoh dengan perkhabaran mengenai pelakon Azri Iskandar sedang bercinta dengan wanita baru dan ingin menikahinya biarpun baru saja mengumumkan dirinya sudah bercerai dengan pelakon wanita, Ellie Suriaty.

Ditanya oleh pihak Gempak mengenai pandangan Ellie berkenaan hal terbabit, wanita itu sama sekali tidak kisah apa yang dilakukan oleh bekas suaminya dan juga berkata enggan rujuk kembali.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Menurut Eliie, sudah cukup 19 tahun hidup bersama dan prinsip untuk merujuk kembali kepada bekas suami bukanlah untuk dirinya.

Untuk saya pula, bila sudah buat keputusan tak nak menyesal. Tak nak patah balik.

Dalam pada masa yang sama, Ellie turut berharap agar Azri tidak memperjudikan erti perkahwinan dan hidup seseorang serta mengambil serius apabila ianya melibatkan perkahwinan.

Apabila ditanya tentang perasaannya mengenai Azri kini sudah bersama wanita lain, pelakon terbabit mengakui sama sekali tidak berasa cemburu dan sudah lama bersedia dengan perkara yang terjadi.

Tambahannya lagi, dia turut berharap agar Azri bernikah sejurus sahaja dia sudah melepasi tempoh edah.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

ellie suriaty hanya mahu azri setia
2 bulan lalu

"Kadang Dia Seperti Tak Hidup Dalam Rumah.." - Ellie Suriaty Akui Hanya Mahu Azri Iskandar Setia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 Comments

  1. Anonymous

    July 7, 2022 at 6:10 pm

    azri bgtau dia nak nikah lain lepas edah elie ni abis… sebab dia hormati tempoh edah elie.. adoi korang ni… citer tak tau hujung pangkal..,elie ni cuma sebut semula apa yang azri tu bgtau pasal edah dia … ye la,, ex bini ko masih dlm edah.. pe kejadah ko nak kawen awal2.. nampak nau giler .. so tunggu la elie tu abis edah.. so kira dua2 dah move on la… aiyo…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...