“Saya Tak Cakap Zahirah Hodoh, Ada Je Bibik Yang Cantik” – Fathia Latiff

Hiburan

“Saya Tak Cakap Zahirah Hodoh, Ada Je Bibik Yang Cantik” – Fathia Latiff

Pelakon Fathia Latiff menerusi satu podcast tampil membuat kenyataan tegas bahawa tindakannya menyamakan rupa wajah seseorang dengan bibik atau pembantu rumah bukan satu masalah yang besar.

Ujarnya, dia tidak menganggap seseorang yang seiras bibik adalah sebagai seorang yang tidak memiliki rupa paras yang jelita.

Advertisement

Saya hanya jujur, dia nampak macam bibik. Ada bibik yang cantik, saya tak rasa pun itu satu masalah.

Saya tak cakap pun dia (Zahirah) hodoh, saya cuma cakap dia nampak macam bibik dan ada juga yang bersetuju.

Tambah Fathia, dia sedar apabila dia memuat naik sesuatu hantaran di media sosial, dirinya tidak perlu fikir atau peduli macam mana orang fikir kerana ia hanya tindakan ‘mengekspresikan’ pendapatnya sendiri.

Maklum pelakon itu lagi, dia sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan dengan pakar psikiatri berhubung kesihatan mental.

Saya tak perlukan kawan, ya saya ada berjumpa pakar psikiatri dan mereka kata saya okey, cuma saya sedikit strees. Itu saja. Saya ada buat medical check up termasuk mental health.

Terdahulu, Fathia mencuri tumpuan warga maya apabila dia menggelarkan aktres Zahirah MacWilson sebagai bibik dan mengakui masih ‘berdendam’ dengan bekas kekasihnya yang juga suami aktres tersebut iaitu Aiman Hakim Ridza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fathia caprice
12 months ago

"Kami Bersama Selama 5 Tahun, Saya Rasa Tak Salah Kalau..." - Fathia Latif Akui Dah Tak Sayangkan 'Ex' Tetapi Hanya Berdendam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...