Baru-baru ini, aktres popular Puteri Sarah Liyana mendedahkan dirinya hampir sahaja menjadi mangsa penipuan scammer yang menyamar menjadi pelakon Nadia Brian.
Tawaran jadi escort girl
Kata Sarah, individu tersebut telah menawarnya menjadi escort girl kepada seorang Datuk dan akan mendapat bayaran sebanyak RM15,000. Berasa tidak sedap hati, Sarah terus menghubungi Nadia bagi bertanya langsung.
Saya dapat mesej daripada ‘Nadia’ ketika berada di set penggambaran. Cara individu tu bercakap memang sama macam Nadia, saya hampir terpedaya.
Dia ajak saya teman seorang lelaki minum kopi dikenali sebagai Datuk Shahrul dari Johor Bahru dengan bayaran RM15,000.
View this post on Instagram
Bukan jenis nak teman orang
Selepas mendapat kepastian daripada Nadia sendiri, Sarah kemudiannya memberitahu individu tersebut dirinya tidak berminat dan bukan jenis orang yang menerima kerja sebegitu.
Saya terus cakap dekat dia yang saya tak buat ‘kerja’ macam itu. Mentang-mentang saya janda, dia nak kenakan saya!
Lepas penggambaran saya memang akan jumpa anak-anak. Saya bukan jenis yang nak teman sesiapa keluar minum.
View this post on Instagram
Tak menunggu lama, pelakon ini turut membuat laporan polis memandang dirinya sedang membuat penggambaran di balai polis.
Memandangkan set penggambaran saya di balai polis, jadi saya pun terus minta bantuan petugas di situ untuk buat pengesahan dan buat laporan.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.