Saya Tak Boleh Kalau Orang Bercakap Buruk Pasal Anak Saya – Marion Caunter

Hiburan

Saya Tak Boleh Kalau Orang Bercakap Buruk Pasal Anak Saya – Marion Caunter

Hati ibu mana yang tidak terluka sekiranya orang luar bercakap perkara buruk dan negatif mengenai anaknya. Tambahan pula apabila si anak masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Abang Nara faham perasaan Marion Caunter yang seringkali menerima komen negatif apabila berkongsi gambar anaknya di Instagram.

anak marion caunter Kadang-kadang perangai manusia memang sukar difahami. Namun Abang Nara respek dengan Marion Caunter yang sedia menerima segala kritikan. Itulah realiti kehidupan seorang selebriti. Tak perlu melatah yang bukan-bukan. Kata Marion kepada MalaysianDigest:-

Advertisement

Memang, ada juga yang memeri komen yang kejam dan menyakitkan hati. Tapi oleh kerana saya pilih untuk tidak privasikan Instagram saya, jadi saya sedia menerima apa saja kritikan baik postif atau negatif. Kalau saya tak boleh terima, saya haruslah privasikan akaun saya.

Sebenarnya kadang-kadang saya tak faham pun apa yang mereka kritik tentang saya sebab slang-slang yang digunakan oleh mereka memang sukar untuk saya faham. Jadi, saya buat tak kisah sajalah. Saya pun dah biasa dengan kritikan sejak dari sekolah menengah lagi.

Tapi saya tak boleh kalau orang bercakap buruk pasal anak saya. kenapa mereka nak ‘serang’ kanak-kanak dan bayi yang tak berdosa. Niat saya hanya mahu berkongsi dengan peminat. Itu saja. Disebabkan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap anak saya, sekarang ni saya dah jarang muatnaik gambar anak-anak saya

anak marion caunter

Kalau Abang Nara pun pasti melenting jika anak dikutuk. Kutuk diri ini tak apa lagi. Jangan babitkan anak-anak kerana mereka adalah permata berharga setiap insan yang bergelar ibu dan ayah. Kepada Marion, bertabahlah. Biasalah dugaan sebegini. Yang penting, anda gembira hidup di samping suami dan anak-anak tercinta. Lagi beberapa gambar Marion Caunter dan keluarga dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Penunggang motosikal maut diseret sejauh 40 kilometer

anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter
anak marion caunter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...