Saya Tak Bodoh, Saya Sengaja Tweet Dalam Bentuk Sarkastik – Nur Fathia

Hiburan

Saya Tak Bodoh, Saya Sengaja Tweet Dalam Bentuk Sarkastik – Nur Fathia

Baru-baru ini, Nur Fathia telah dihentam teruk kerana memuatnaik satu status yang menunjukkan pelakon itu keliru dengan maksud “cashless”. Memang banyak kritikan dan hentaman yang diterima oleh Fathia daripada netizen. Kemungkinan besar Fathia tertukar sistem barter dan “cashless”, di mana kita tidak perlu menggunakan wang tunai, sebaliknya hanya perlu menggunakan kad untuk membuat sebarang pembayaran.

fathia cashless

Advertisement

Ramai juga netizen yang tertanya-tanya sama ada Fathia betul-betul tidak tahu maksud “cashless” atau sengaja ingin mencuri perhatian. Lebih teruk, ada segelintir netizen telah melabelkan Fathia sebagai seorang yang ‘bodoh’. Tidak ingin terus dihentam, Fathia tampil memberi penjelasan. Rupa-rupanya tweet tersebut adalah sarkastik dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu. Kata Fathia:-

Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik. Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang ini.

Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular. Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweet yang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat mengambil ia sebagai perkara yang serius, susahlah. Kenapa tidak ambil dari sudut positif dan berusaha mengubah negara menjadi lebih baik

fathia cashless

Fathia juga turut membuat penerangan menunjukkan bahawa dia memahami apa yang dimaksudkan dengan “cashless”. Malah Fathia juga menegaskan segala kecaman yang diterima tidak mematahkan semangatnya. Kata Fathia lagi:-

Saya lihat tweet saya itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai. Walaupun saya ini bukan sesiapa tapi netizen mengambil kenyataan saya itu sebagai sesuatu yang serius. Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai.

Bagaimanapun cuba kita bayangkan kalau negara menjadi lebih teruk apakah yang akan berlaku terhadap ekonomi kita. Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu secara tidak langsung membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif.

Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini. Walaupun dikecam hebat, ia tidak menjatuhkan semangat. Saya percaya orang yang hentam itu kadangkala mudah terikut-ikut. Mereka tidak fikir secara mendalam apa yang saya sampaikan

fathia cashless

Secara jujurunya Abang Nara juga terkejut apabila membaca tweet Fathia Latiff. Takkanlah seorang yang berpelajaran tinggi seperti Fathia tidak memahami apa itu “cashless”. Diharap dengan penjelasan ini Fathia tidak lagi dikecam oleh masyarakat. Sedikit pesanan untuk Fathia, jika ingin menulis sebarang tweet sarkastis selepas ini, sila gunakan hashtag #s di belakang tweet anda sebagai tanda ia adalah kata-kata sarkastik. Barulah netizen tak salah faham. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...