Petarung Muay Thai, Johan Ghazali atau digelar Jojo tidak mahu kenyataannya disalah erti oleh mana-mana pihak apabila dirinya berkata perlawanan muay thai lebih real berbanding dengan sukan silat di sebuah podcast baru-baru ini.
Tidak berniat jatuhkan sukan lain
Menurut Johon, kritikan yang diterima itu adalah kerana orang ramai tidak melihat penuh podcast tersebut. Katanya, dia tidak berniat untuk meremehkan sukan lain. Apa yang dimaksudkan adalah format pertarungan di antara sukan muay thai dan silat olahraga.
Yang saya maksudkan adalah silat olahraga, bukan silat original. Saya cakap silat olahraga banyak undang-undang.
Saya tidak berniat pun nak jatuhkan silat. Saya cuma sampaikan pandangan berdasarkan pengalaman saya.
@youusaff♬ Edit Phonk (Slowed) – Bgnzinho
Komen netizen
Walau bagaimanapun, netizen tetap mempunyai pendapat yang berbelah bahagi berkaitan kenyataan Johan sebelum itu berkenaan silat dan muay thai.
Jojo baru kenal dunia, terlalu awal untuk Jojo buka mulut bersuara. Ramai lagi pendekar-pendekat silat yg Jojo belum jumpa.
Ramai orang salah faham. Ilmu silat sebenarnya ilmu pertahanan diri bukan untuk fight sana sini.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.