“Saya Tak Berniat Berpisah Dengan Arwah, Saya Pun Tak Mampu Patah Balik Sebab Terlalu Penat Dan Cedera” – Malim Gunung

Kehidupan

“Saya Tak Berniat Berpisah Dengan Arwah, Saya Pun Tak Mampu Patah Balik Sebab Terlalu Penat Dan Cedera” – Malim Gunung

Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang mengiringi pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, mendedahkan bahawa mangsa beberapa kali meluahkan rasa ketakutan pada hari ketiga pendakian sebelum ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat, Muallim, Perak, pada 16 Oktober lalu.

Menurut malim gunung dikenali sebagai Rahimi, 50, arwah tidak menjelaskan apa yang menakutkannya, namun sepanjang perjalanan kelihatan seperti resah dan keletihan.

Advertisement
malim gunungSumber : Harian Metro  

Sepanjang perjalanan pada hari ketiga, arwah beberapa kali menyatakan dia dalam ketakutan, bagaimanapun tidak dinyatakan apa yang dia ditakutkan.

Rahimi berkata, ekspedisi Trans Temangkok–Gunung Liang kali ini dijalankan secara ‘compress’ selama tiga hari berbanding kebiasaan empat hingga lima hari, menyebabkan tekanan dan kepenatan mungkin menjadi punca utama keadaan arwah semakin lemah.

Menurut Rahimi, ketika berada di puncak Gunung Liang pada malam kejadian, mereka berdua berhenti makan dan minum sebelum memutuskan untuk turun pada jam 10.30 malam dalam keadaan hujan lebat dan sejuk.

Rahimi menjelaskan, dia sempat melihat lampu yang digunakan arwah masih menyala dan bergerak menuruni laluan, namun selepas itu mereka terpisah.

Saya yakin arwah dapat turun tanpa masalah. Saya cuba cari kawasan ada talian telefon untuk hubungi penganjur dan seorang lagi malim gunung.

Sebagai ‘sweeper’ (penutup kumpulan), Rahimi berkata dia tidak berniat meninggalkan arwah dan beberapa kali berhenti menunggu di lokasi tertentu. Namun, dia percaya arwah mungkin berpatah balik ke puncak semula selepas terpisah.

Saya tidak menolak kemungkinan arwah naik semula ke puncak Gunung Liang selepas beberapa meter turun, saya tidak lagi mampu berpatah balik mencari arwah disebabkan terlalu penat selain kecederaan jari kaki hingga terpaksa menggunakan selipar untuk meneruskan perjalanan.

tragedi gunung liang

Menurut Rahimi, dia menerima bayaran RM850 untuk ekspedisi tiga hari itu, namun pendakian berlarutan hingga lima hari.

Untuk rekod, Mustaqqeem Mansoor, 34, menyertai pendakian bersama lapan rakan dan dua malim gunung bermula dari Bukit Fraser, Pahang pada 10 Oktober lalu. Dia dilaporkan hilang selepas tidak turun bersama kumpulan lain, sebelum mayatnya ditemui pada 16 Oktober di puncak Gunung Liang Barat.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah hipotermia. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu pendaki gunung liang
2025-10-18 13:09:23

“Anak Mati Kami Reda, Tapi Kenapa Tinggal Dia?” – Ibu Mustaqqeem Luah Terkilan Anak Ditinggalkan Di Gunung Liang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...