Gara-gara memuat naik foto berada di kelab malam bersama penyanyi Ismail Izzani dan rakan baiknya Zarina Anjoulie, pelakon Fathia Latiff dihimpit gosip mengatakan beliau mempunyai hubungan dengan penyanyi remaja itu.
Ramai yang mengkritik adakah Fathia begitu ‘kesepian’ tanpa teman lelaki sehingga sanggup bercinta dengan Ismail yang jauh lebih muda daripadanya.
Bagaimanapun, Fathia menafikan dakwaan itu dan menjelaskan sebab sebenar mengapa beliau memuat naik foto penuh kontroversi itu di akaun Instagramnya.
Saya tidak berkawan mahupun bercinta dengan penyanyi Ismail Izzani seperti digosipkan itu. Saya kenal Ismail pun hanya menerusi Zarina yang memang berkawan dengannya. Saya memang berkawan baik dengan Zarina dan memuat naik foto terbabit di laman instagram kerana permintaan Zarina sendiri.
Zarina meminta bantuan saya memuat naik foto itu kerana mahu mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini. Kalau saya mahu mencari pengganti sekali pun, saya tidak akan berkawan dengan budak mentah seperti Ismail.
Fathia tidak mahu dirinya terus dikaitkan lagi dengan Ismail. Jika ada sesiapa yang ingin mengetahui cerita lanjut mengenai foto kontroversi yang tersebar itu bolehlah bertanya kepada Zarina sendiri tentang apa yang berlaku antara beliau dan Ismail.