“Saya Tak Bayar Untuk Buat Muka…” – Wajah Lain Macam Cantik, Kim Seri Jelaskan Hanya Jalani “Medical Surgery”

Kehidupan

“Saya Tak Bayar Untuk Buat Muka…” – Wajah Lain Macam Cantik, Kim Seri Jelaskan Hanya Jalani “Medical Surgery”

Selebriti media sosial terkenal, Kim Seri, menjawab kritikan hangat selepas ramai mendakwa rupa barunya menunjukkan tanda-tanda pembedahan kecantikan melampau.

Menurut Kim Seri, dia hanya menjalani “medical surgery”  bukan pembedahan plastik ekstrem dan dia langsung tidak membayar sesiapa untuk “buat muka.” Sebaliknya, ini adalah pakej penjagaan yang ditawarkannya sendiri.

Advertisement

Menerusi satu hantaran video, Kim Seri menegaskan bahawa perubahan fizikalnya adalah hasil penjagaan perubatan, bukan trik kosmetik semata-mata.

“Saya bayar kat mana duit dapat buat muka? Saya tak, tak, tak…” tegasnya, menjelaskan bahawa kos rawatan ditanggung tanpa bantuan pihak ketiga atau influencer lain.

Penjelasan tersebut ternyata telah mengundang pelbagai reaksi ramai yang memuji keterbukaan Kim Seri dalam menjelaskan situasi sebenar.

Skop “medical surgery” seperti yang disebut olehnya merujuk kepada rawatan estetik bukan pembedahan plastik utama misalnya suntikan dan prosedur kulit dan bukan transformasi wajah penuh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kim seri pembedahan plastik
2025-07-23 14:01:14

"Bedah Mata & Hidung Ke?" - Lama Menghilang, 'Wajah' Terbaru Kim Seri Jadi Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...