Penyanyi dan komposer terkemuka tanah air, Ajai yang menjadi juri di program realiti Famili Duo musim ketiga, mengatakan dirinya tidak mengambil hati apabila ada peserta yang tidak senang dengan kritikan yang diberi.
Baru-baru ini, salah satu duo yang bertanding, Ryan dan Adam Bakery telah memuat naik satu video di laman TikToknya yang terlihat ‘menyindir’ situasi di mana mereka menerima komen dari pihak tertentu.
Saya tak ambil hati. Saya tetap akan beri komen yang betul walaupun netizen mengkritik cara saya.
@ryanbakery #familiduo #fyp #rwyfb ♬ original sound –
Dalam hantaran video tersebut, Ryan dan Adam seolah-olah tidak boleh menerima komen negatif. Walaupun tidak menyatakan nama mana-mana pihak, warganet masih boleh meneka siapa yang ditujukan.
Sebelum ini, mereka berdua telah dikritik hebat oleh Ajai kerana tidak menyampaikan persembahan yang memuaskan. Tambah komposer itu, mereka tersilap memilih lagu pada malam tersebut.
Takda siapa bagitahu awak nyanyi tak sedap ke?
View this post on Instagram
Namun begitu, adik-beradik ini akui tidak terkesan kerana mereka bukan lah tergolong dalam industri musik sebagai penyanyi dan hanya merupkan content creator.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.